Saturday, November 21, 2009

SURAU BARU

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi penduduk Bandar Pulai Jaya kerana surau yang menjadi idaman seluruh penduduk muslim Bandar Pulai jaya mula beroperasi.

Surau Bandar Pulai Jaya mula beroperasi pada hari ini 21 November 2009. Petang tadi, solat asar secara berjamaah mula berlangsung di surau tersebut diimamkan oleh AF Ust Shamsul Rizal. Suasana menjadi bertambah terharu tatkala bacaan doa oleh tuan imam begitu menusuk ke kalbu, rasa bersyukur ke atas ketentuan Yang Maha Esa memberikan ruang yang begitu indah bagi penduduk di sini beribadah. Dengan doa dan harapan agar segala urusan di surau baru ini akan mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya.

Berdirinya surau tersebut, diharapkan akan mempereratkan lagi semangat ukhwah islamiah di kalangan kita.

Salam Perpaduan.

TQ.


No comments:

Post a Comment