Monday, November 23, 2009

Fadhilat Dan Hikmah Korban



Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

WaAllahua'lam.

Takbir Raya






SELAMAT HARI RAYA IDUL AZHA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

:: Gotong Royong Surau BPJ::

Pada pag1 21 Nov 2009, gotong royong pembersihan surau baru telah dijalankan, walaupun hujan turun renyai renyai ianya tidak mematahkan semangat. Terima kasih kpd semua yg telah hadir meluangkan masa dan tenaga manjayakan gotong royong pada hari tersebut. Walaupun kerja gotong royong tidak dpt dibuat sepenuhnya memandangkan masih ada sedikit lagi kerja kerja pembinaan yang belum selesai namun semangat untuk membuka sarau baru BPJ tetap membara.


Perbincangan mengenai pagar..

Kerja2 mengukur pagar



Kerja2 pembersihan surau..


Orang orang kuat Surau BPJ












Sunday, November 22, 2009

Blog BPJ Bikers

Assalamualaikum.

Salam hormat dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, satu laman blog khas untuk aktiviti berkayuh iaitu apa2 jenis kayuh telah dibina untuk kemudahan di masa kini dan selamanya. Laman blog yang diberi nama BPJ Bikers ini dibina khusus untuk aktiviti tersebut yang makin menarik minat sebilangan besar penduduk Bandar Pulai Jaya dan masyarakat Malaysia amnya.

Oleh yang demikian, laman blog BPJ Bikers ini amat memerlukan penyumbang-penyumbang artikel atau aktiviti berkaitan riadhah berkenaan. Diharap agar mendapat kerjasama dari semua.

Sila layari ----> http://bpjbikers.blogspot.com

Akhir kata "Majulah Sukan untuk Agama, Bangsa dan Negara"

Bacaan Yasin di surau baru.

Bacaan Yasin pada malam pertama di surau baru.

Diimamkan oleh AF Ust Ahmad Nizam

"Moga mendapat rahmat dari Allah SWT."

Ruang bersantai



Tinggal Kenangan

Ceria... lokasi surau baru hanya di depan rumah.

Notis makluman "Berpindah ke Surau baru"

Mengenang kenangan di surau lama.

'Meeting' terakhir di surau lama.