*Credit to photographer AFP166 for all images.
Jalan Pulai Jaya 3, Bandar Pulai Jaya, 31300 Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan
Tuesday, November 17, 2009
Riadah
BPJ : Ini adalah sebahagian daripada barisan atlit berbasikal BPJ yang berjaya ditubuhkan bagi tujuan kemakmuran, keharmonian, keceriaan, semangat berpasukan dan menzahirkan sifat kejiranan.
Aktiviti kayuhan ini hanyalah sebagai aktiviti riadah pada hujung minggu disekitar kawasan berdekatan..
Monday, November 16, 2009
Kisah Ayah

Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah, awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin-Star Enterprise,"kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"tahniah, encik mendapat anak kembar tiga!"
"Yahoo..!! mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Corporation," kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya bersyukur.
Pada waktu itu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya, "kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "saya tidak risau, cuma... saya bekerja di Seven-Eleven," katanya.
*Walau berapa bilangan anak yang dilahirkan, semuanya sudah menjadi ketentuan Allah. Terimalah dengan penuh kesyukuran. Aminn...
Sunday, November 15, 2009
Friday, November 13, 2009
Pesanan buat anak-anak...

"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang memberimu makan
Engkau minum juga
aku yang tuangkan
Apabila dirimu sakit
aku yang berjaga semalaman."
"Kerana sakitmu itu
aku yang mengeluh kerisauan
Tetapi....
di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan
Kulihat pada dirimu
apa yang tak kuharapkan
Kau balas aku dengan kekasaran."
'Seakan-akan nikmat dan anugerah
engkau yang berikan."
*petikan petikan syair pengaduan seorang lelaki kepada Rasulullah SAW.
Tuesday, November 10, 2009
Sudahkah kita bermuhasabah ... ??

Firman Allah (Isra’:14)
اقرأ كتبك كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا
MaksudNya:
Bacalah kitab (suratan amal)mu, cukuplah engkau sendiri,pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang engkau lakukan)
Athar Sahabat (Sayyidina Umar)
حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا وزنوا اعما لكم قبل ان توزن عليكم
Maksud:
Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang ke atasmu
Monday, November 9, 2009
MAKLUMAN TERKINI
Makluman terkini tentang surau.
Isnin - proses mengecat dimulakan.
Selasa - Membersihkan bahagian dalaman surau.
Rabu - memasang karpet.
Khamis - pemasangan lampu dan elektrik.
Sabtu & ahad - gotong royong membersih kawasan oleh ahli jamaah.
Isnin/selasa - Dijangka surau boleh mula beroperasi.
Insyallah
Isnin - proses mengecat dimulakan.
Selasa - Membersihkan bahagian dalaman surau.
Rabu - memasang karpet.
Khamis - pemasangan lampu dan elektrik.
Sabtu & ahad - gotong royong membersih kawasan oleh ahli jamaah.
Isnin/selasa - Dijangka surau boleh mula beroperasi.
Insyallah
Subscribe to:
Posts (Atom)